Category Archives: Uncategorized

ST

Spontaneous Thursday #10: Tolong La Kacau!

Salam Khamis.

 

Nak mintak tolong kat korang ni. Tolong KACAU aku kat FB or TWITTER supaya aku sentiasa tak menang tangan melayan dan secara tak langsung boleh hilangkan kemengantukkan aku ni. TOLOOONNNGG! Ini strategy sampingan je la. Utamanya ialah membizikan diri dengan kerja pejabat.

 

Pasal pe meroyan tetiba? Ni suma gara-gara cuma dapat tidur DUA jam je malam tadi. Tido kol 12 tengah malam. Terjaga jam 2.15 pagi. Lepas tu terus tak dapat tidur sampai ke sekarang ni. Sampai aku sempat lagi mengemas rumah dan buat breakfast pagi tadi. Hahahahaha. Sabar je la. So, tolong eh. Heee.

 

PS: Now tengah misi minum kopi. Baru 1st round. Ngeee

Pandangan Diperlukan

Salam ols. Malasnya rasa nak keje ni. Berenti keje duk umah bleh tak? Hahah. Hmm, nak mintak pandangan korang ni. Tinggal kat komen eh pandangan korang tu. Pertamanya, memandangkan entry entry sejak aku ber WP 2 minggu lepas dah ilang, korang rasa patut ke tak aku adakan balik entry entry tu. Takda bekup la. Aku kena tulis semula. Ke-dua nya, entry mana yang patut aku adakan balik if jawapan korang kat soalan satu tu ‘patut’. Aku tak kisah nak buat balik entry tu kalo korang nak aku adakan balik. Let me know. Thank you. [ Ps: Entry ni ditaip dan dipublish melalui handphone. Maaf kalau tak kemas. ]

Technical Problem

Salam petang Sabtu. Owhoo, apa plan korang weekend kali ni? Apa pun hopefully enjoy la eh.

Aku pulak minggu ni lepak chill je. Keje la konon hari Sabtu, tapi sudahnya satu menda pun tak jadik. Mood dah ke laut. Tambah kemelautkan mood aku ni sebab blog kesayangan ni la.

 

Pengubat duka dan lara.

Technical problem tetiba. Dah di detect petang semalam oleh tuan guru. So jadi lah blog aku ni from the scratch. Huaaahhh. Sedih wooooo. Continue reading

High Heel Lagi?


High Heel Lagi?

Originally uploaded by RerameUngu

Hai. Jumpa lagi sesi malam pulak. Saja nak kasi tunjuk kasut baru. Kalau menyampah, jangan baca eh. Hahah. Ekceli, dah lama carik yang jenis macam ni tapi tak jumpa jumpa. So, bila dah jumpa yang berkenan di hati, ape nak ditunggukan. Rembat aje la. Aku memang suka heel jenis zip belakang. Tambah pulak yang ni zip tu tinggi sampai tutup ankle. Lagi best. Kasut ni wedges type. Pergh, kalo la dapat heels yang pointed mesti lagi best. Hahah. (RU, cukup cukup la pointed heel.) FYI, aku agak kurang nak memilih aksesori yang berasaskan corak kulit binatang. Kali ni terkecuali pulak. Tengok macam cantek je.. Hahah.. Ni kalau my sis tu tau mesti bising. Pasal apa, salah satunya dia kata aku banyak sangat kasut and keta aku tu dah boleh jadi rak kasut bergerak. Semua aku letak dalam. Dari ke sandal, heels, flip flop, sport shoes, flat shoes suma ada. Dan ini menambahkan lagi koleksi sedia ada. Heheh. Ala,bukannya apa. Senang nak capai. Kan aku kebanyakan masa on the move (yooolah sangat). Well Mak Lagenda, jangan jeles tengok kasut ai. Ngeheheh