St2

Spontaneous Thursday #15: Its Early Weekend Y’ll!!

Salam Khamis ols.

Lama nampaknya senyap blog nih. Senyap tak senyap pun, nak tak nak bulan ni dah kena renew hosting dah. Erk! Macam mana kalau nak tukar hosting eh? Almaklumlah dah tak aktif sangat macam dulu kan. Rugi je rasanya bayar RM100 untuk hosting. Ingat nak downgrade ke murah sikit. Any advice? Sekarang aku guna NetKL pakej myGold ka apa ntah namanya.

Sepontan seperti tajuk ittew! Hikhikhik. Back to the beginning, how are you guys?? Ok la harapnya ya.

Well, minggu ni aku ambik early weekend. Pasalnya aku cuti esok. Yipppii!!! Eh, bukan saja-saja nak cuti taw. Kebetulan ada beberapa hal perlu diselesaikan ditambah pulak ada lagi baki cuti yang perlu dihabiskan, so ambik la kesempatan yang ada kan. Kalau tak habis guna cuti tu karang burn saja. Rugi!

Makanya, aktiviti weekend aku akan bermula di pagi Jumaat. Tiada yang lain. Tetap perlu bangun macam bekerja. Cuma bezanya aku tak perlu g kerja la kan. Hahahhaa.

Setakat ni ada few urusan yang perlu dilakukan:

    1. Buat report defects rumah ke developer perumahan – Ada few defect yang perlu tindakan diorang. Dah lama sangat pendingnya.
    2. Terus ke Seremban DiGi Centre kat tengah pekan Seremban tu – Nak terminate DiGi broadband aku. Line kat sini sangat la macam siput. Tension nak online.
    3. Hantar kereta ke bengkel – Tukar mounting absorber. Rosak lagi buat kali ke-2 di tempat yang sama. Adoii. Sabar aje lah. Nasib tak pecah je lagi. Tu yang aku lanyak je tu. Heheheh. Sparepart dah beli last Saturday. Tak sempat je nak hantar bengkel tukar. Nak buat sendiri tak reti. Kang dari satu rosak terus habis segala lain rosak. Baik tak payah!! Hahahahaha. So dah alang-alang hantar ke benglel tu nak mintak la buat full body check. Hari tu yo yo je aku kata nak hantar time cuti hari pekerja kan. Ater kodai banyak totop acik!
    4. Tukar tayar kereta – Dah cukup haul dah tayar den. Kena tukar 2 biji sekali. Kali ni kena tukar tayar belakang. And as usual kena cross la balik kan. Lagipun tayar belakang kritikal sikit pasal kes awal tahun haritu la. Terkopek tayar den. Hiks, baru nak tukar U.!

Tayar pun jadik mangsa. Tayar belakang koyak. Adddoiiiiiii!!

Makanya, itu la plan aku setakat ni. Agak-agak cukup tak eh settle sehari? Aku akan cuba la selesaikan esok jugak sebab Sabtu dah ada hal lain. Ahad pulak for sure banyak yang tak bukak bussiness.
Nampaknya Sabtu malam & Ahad je la free. Dak GB2ML, kalo nak jumpa roger-roger la eh. Insyaallah will make it la.
Eh ok la. Berjela dah ni. Tak sepontan dah kot. Tapi tak kira la sebab idea aku ni datang sepontan jek. Ok. Babai. See ya soon. Have a great Thursday ahead.
PS: Kan best kalau ada orang yang boleh tolong settlekan hal-hal kereta ni. Hiks!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Spontaneous Thursday #15: Its Early Weekend Y’ll!!”

  1. wah tayar tu dah cukup kritikal.. kena buat cepat.. bahaya weih.. best kalau buat ket Mroden Tyre kat senawang nun.. sambil tu roger2 lah den yer

    1. hahaha..aku kan brani mati punya orang..ekekekeke.. alhamdulillah setakat ni takda apa2 jadi.. but dont worry, dah tukar dah..ngeeee.. siap ngan tukar brake pad lagi..ngeee

      tak jadi..tunda raya.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>