Post Weekend & Emergency
Salam Isnin ols.
Agak lewat up entry post weekend activity ni kan. Takpe la. Better late than never kan. Anyway, how was your day today?
Hari ni aku ber’emergency leave’. Jam 4 lebih dapat call dari mak bagitau maklang critical in ICU at Hospital Seberang Jaya, Penang. Yela, pepagi dapat call macamtu siap boleh tanya lagi maklang mana. Hahahaha. Sengal kan. Tapi gitulah kot kepala otak tengah dok mamai lagi kan.
Dah jaga tu terusla mengemas mana yang patut dan menunggu parents aku sampai and then terus shoot ke sana. Gerak kol 8.30 sampai kol 1.15 petang. Sampai hospital terus g masuk jumpa maklang. Keadaan time tu koma. But she did respons jugak kat orang bila panggil tu. And as of this entry written, dia dah stabil untuk dibedah semula. Harapnya keadaan dia bertambah stabil lepas ni.
By the way, as for my weekend activity last week. As mentiones earlier, sabtu aku kerja la kan. Sampai kol 6 gitu. And then balik je melepak je kat rumah mengemas. Keesokan harinya memang aktiviti melepak sambil mengemas rumah la. Kebetulan ada beberapa lagi peralatan yang perlu dipasang, dan kebetulan my parents n adik adik ada. Mengerah tenaga la kan. Hikhikhik.
Makanya, weekend aku terjadilah seperti yang dirancang. Cuma harini memang tak disangka-sangka la. Tolong sama-sama doakan kesihatan maklang aku. Mudahan dengan doa korang dia boleh kembali sihat seperti biasa. Insyallah.
Ps: Nampaknya EL untuk hari ni dan esok. Sambung terus la Rabu kan.
‹ Hujan, Petir, Kilat Tanpa Disangka ›







Sejujurnya mak mendoakan agar maklang zati agar diberikan kesempatan dan kesenangan keluar dari kesusahan ini. Moga Allah memudahkan semua urusannya jua..
mak lagenda recently posted..KALAU DAH REZEKI ALLAH NAK BAGI : DATE WITE ELLY DI SERI PACIFIC HOTEL
thanks a lot mak..
tapi Allah lebih sayangkan dia kan. Redha je.
RerameUngu recently posted..Allah Lebih Sayangkannya
hope maklang akak cepat sembuh…
iEyLa recently posted..Bahagia kah aku??
thanks ila.
RerameUngu recently posted..Allah Lebih Sayangkannya
mudah-mudahan cepat sembuh
Alin Marlini recently posted..Photograph #10 Photoshoot Family
thanks:)
RerameUngu recently posted..Allah Lebih Sayangkannya