Hujan, Petir, Kilat

Salam Ahad ols.

Ape cer di hari Ahad ni u ols? Di kala aku menulis ini entry, cuaca tengah hujan diikuti oleh petir dan kilat yang sabung menyabung. Haiyoo. Tak suka!

Serius aku tak suka kalau hujan yang diiringi dengan petir dan kilat. Macam fobia tau. Ditambah bila trip satu rumah. Aiseeh. Lagi la tak suka. Hujan saje kalu memang aku suka sangat. Tapi bila dah ada pengiring yang datang sekali jadik tak berapa nak favor pulak. Bukan la takut ke ape, cuma lebih kepada cuak. Now tanpa rela hati kena la duduk dalam gelap dan berpanas tanpa kipas sampai hujan berenti. Malas nak kasi up kan balik main switch tu sebab confirm akan trip balik. So dari aku menanggung sebarang kerugian yang mungkin datang nanti, baiklah aku biarkan aje. Lagi tak sanggup  kalau ada mana-mana barang elektrik terbakar sebabkan petir kilat ni. Hohohoho

Jangan kata rumah aku je trip, aku ingat menara Maxis pun trip kot sebab bila aku cek je henpon tengok dah tak ado line. Aisehmen. Sabar aje la kan. Tapi kan wa cakap lu, sini kalau hujan memang lebat dan tak sah kalau takda petir kilat sabung menyabung. Memang dari tak takut pun boleh takut la bila keadaan macam tu. Dia punya kuat guruh petir kilat tu sampai alarm kereta rumah jiran aku ni ha berbunyi-bunyi gak la akibat terkejutnya. Hehehehehe. Aku pulak yang naik pening dengar bunyi alarm tu.

Aku agak la, maybe sebab petir kilat kuat kat sini sebab area sini memang kekurangan pokok. Yela, kawasan perumahan baru kan, memang takda la sangat pokoknya. Setakat pokok Bucida seketul dua yang belum matang lagi ada la. Yang lain, nan hadooo. Tu la kot aku ingat petir kilat kuat sebab takda filter. Aternye, aku kan dah biasa duduk kawasan kampung, yang penuh dengan hijau-hijauan. Tak berasa sangat kalau petir kilat kuat. Hehehehe. Tu yang bila dah duduk sini macam seram semacam je rasa bila keadaan gini. Hikhikhik.

Ni la dia 'reman' pokok Bucida tu

Ok la ols. Nampaknya, kena la aku tunggu hujan reda and petir kilat dah takda then baru boleh up kan main switch tu. Nasib la laptop ni sempat fully charge. Layan la lagu hindi sat. Ooops! GHahaahaha

Ha, ok la ols. Dah macam mengarut je pulak entry ni. Doakan la hujan ni berenti cepat. OR paling tidak petir kilat ni berhenti cepat. Hujan saja okeh. Sejuk sikit. Hehehehe

Ok. Tata. See ya soon. Post weekend entry esok la eh. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Hujan, Petir, Kilat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>