Hello Tuesday!

Salam Selasa ols.

Apa khabar? Ada bagus hari ni tak? Rindu kat aku ke? Hehehe. Yela kan. Semalam takda up entry. Normally mesti ada post weekend entry kan. Hikhikhik. Sorry la. Tak sempat pun nak up entry semalam. Sibuk sangat. Kat opis banyak kerja opis. Bila balik rumah pulak nak kena buat kerja rumah pulak. Heheheh. Tapi takpe. Jangan risau, nanti aku cer la ape jadik weekend aku tu. Wait aa..

Ok, tak payah wait la. Ni aku cer ape jadik weekend aku. Seperti dirancang, memang kononnya nak duduk berehat kat rumah sajork. Idok la sangat menjadi pun. Pepagi Sabtu dah bangun. Walaupun tak awal sangat pun. (Sempat la marathon sejam dua lebih sikit, hikhikhik). Bangun bangun je terus bersiap mak ajak g beli barang dapur untuk makan-makan malam nanti. Terus la terjah bilik mandi, ke Tesco dan ke Mydin. Balik balik je terus memulakan aktiviti masak memasak dan berehat sebentar sebelum gerak ke rumah maklong aku. Owh, lupa nak habaq no. Malam Sabtu haritu kitorang buat makan-makan ramai-ramai. Dah agak lama tak gather ramai-ramai camni kan. So, bila ada peluang tak lepas la.

*Koleksi Gambar RU

Lokasi kat rumah Mak Long aku. Sebelum Maghrib gerak la ke lokasi kejadian. Seronok bila dapat lepak ramai ramai camni. Menu makan malam tu is Rendang Ayam, Pajeri Nenas, Satay, Papadom dan kuih muih. Hehe. Ok dah tuu. Lepak lepak, borak borak, gelak gelak. Seronok! Bila dah penat memasingnya, barulah teringat nak balik ke sangkar. Hahaha. Aku pulak sampai je rumah terus terjah bilik. Ngantok!

Esoknya, sempat jugak sekali lagi marathon. Hikhik. Jangan jeles! Tapi pun tak lama mana. Lepas tu terus bangun dan aktiviti lain bermula iaitu mengemas rumah. Tak senang la mata tengok rumah bersepah sana sini. Rimas! Kiranya segelen dua jugak la berpeluh dek eksesais itu kan. Ok la tu. Dah namanya agak malas nak eksesais kat luar, buat je dalam rumah. Senang & jimat!

Dan berakhirnya weekend, Isnin dah mula balik kesibukan di office. Know someting? Iya-iya je aku bawak balik kerja konon nak buat kat rumah la. Hareeeem! Sikit pun aku tak sentuh. Hahahahahaha. Sungguh la kan. Takpe la. Nampak gayanya minggu ni memang akan jadik super bizi lagi. Lagi pulak bila pagi tadi dah dapat satu task iaitu memeriksa draft tender document. Kena make sure semuanya match dengan drawing yang aku cek haritu kan. Jenuh laaaa. So now, bagi melancarkan segala kerja yang ada aku kena start to delegate task yang kecik-kecik kepada kerani baru tu. Hehehe. Sekurang-kurangnya dia pun boleh belajar benda baru kan. Takda la asyik buat kerja yang sama je.

Hmm, ok la ols. Have to got back to work. Kang ada yang tak siap kerja kang. Anyway, have a great day ahead.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Hello Tuesday!”

    1. hohoh..haritu takde pizza..ada lauk pauk jek..hehe..tu gambar lama

      meriaah sangat..dengan jerit pekik kazen2 kecik ni, borak2 mak ayah makcik pakcik lagi..ngan sore budak kecik..meriaaah sngt..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>