Isnin La Isnin

Salam Isnin ols.

Ape cer? How was your weekend? Hehehe, minggu ni tajuk entry Post Weekend takdo pulak. Nak buat kelainan sikit. Pre weekend pun takdo kan. Sajooo. (Tak sompek nak taip sebona eh)

Ok. Weekend kali ni memang aku agak sibuk menguruskan perpindahan. Dah namanya buat sikit-sikit kan. Memang la lambat nak siap. Tapi nak buat macam mana. Dah hujung minggu je berkesempatan. Nak harap hari biasa memang idak la.

Dan minggu ni progressnya ialah mengangkut peti sejuk dan TV dari Port A ke Port B. Port A tersebut adalah rumah sekarang dan Port B ialah Hal Sesuatu.

Makanya bermula la hari dengan mengemas dan memindahkan barang-barang ittew. Loading, unload dan mengemas. Standard la kan. Memang eksesais betul la. Tak perlu dah nak jog ke ape. Hehehe. Hari-hari gini buleh kurus balik la gua. Hikhikhik. Pendek cerita hari Sabtu dan Ahad memang eksesais menyiapkan hal pindah memindah mengemas ni la. Akibatnya, hari ni habis badan aku lenguh-lenguh. Takpe, alah bisa tegal biasa.

Dan dengan mengangkut barang-barang tu baru la aku ada hati nak pindah terus ke sanun. Kalau tak macam berat je rasa nak pindah. Hehehehe. Almaklumlah, Port A skarang dah takda TV, memang mati akal jugak nak buat ape lepas balik kerja. Now nak tak nak memang kena pindah jugak la kan. Cuma sekarang ni pending pasang Astro je. Nak kena call orang Astro suh pindahkan piring tu. Hhehehe. Nak buat sendiri boleh je, tapi setakat turunkan dari Port A je la. Nak pasang kat Port B memang idak ler. Tinggi kot bumbung dia. Dah la gua gayat. Kang naik boleh, nak turun pulak tak boleh. Hakhakhakhak. Baik panggil je orang. Selamat dan senang. Lagipun free pasang suma.

Now next step, slowly pindahkan barang-barang yang kecik ke sanun. Tak banyak dah lagi. Kot! Then baru masuk terus. Tetiba sayang dan jadi malas nak pindah. Pulak! Kekadang nak buat kerja kecik-kecik ni yang jadik malas. Dapat pulak dah rehat melepak kan. Tapi sebab TV dah takda ni boleh la buat cepat-cepat kan. Hohohoo

Apa-apa pun, lagi cepat selesai hal ni lagi senang hidup aku. Boleh concentrate benda lain pulak.

Eh, ok la geng. Jumpa lagi next entry la.

PS: Jenuh dah nak pindah randah ni. Muak kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Isnin La Isnin”

    1. tu la mak..tengah menggigihkan diri mengemas dan memindahkan la ni..hohoho…

      insyaallah, nnt buat sy jemput la kawan2 suma..:) hrp bole kumpul ramai2 lg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>