Post Weekend Activity
Salam Isnin friends.
Apa khabar di hari Isnin ni? Moody macam aku kah? Hohoho. Yup, hari ni aku agak moody since pepagi je alarm keta dah buat hal. Memang hangin la kan. Orang dah la lambat, dia buat hal pulak. Memang kena la kan. Nasib la tak merah attendance hari ni. Miehehehehe.
Berbalik kepada tajuk. Yeeee, hari ni nak story morry kisah hujung minggu pulak.
Plan Pertama : JADI.
Tapi…..
Sampai kat rumah pengantin kol 12.30 tengahari. Time tu punyaaaaa la ramai orang. Dan kebetulan sampai kompang pun bunyi. Hehehe. Pengantin dah naik pelamin daaaa. Aku tak sempat dan tak berpeluang nak pergi dekat pengantin. Sampai je, bagi hadiah kat tuan rumah, duduk makan dan balik. Nak carik tempat duduk makan pun penuh. Nasib datang berdua, menyelit je la. Heheheheh. Mulanya memang nak stay la lama sikit, jumpa pengantin ke ape kan. Tapi tengok babydah gelisah terus cancel plan. Kesian kat dia. Takpe la. Pengantin dah perasan aku. Heeee.
BTW, nak wish jugak la kat pengantin. NA, Selamat pengantin baru. Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Selamat menjadi isteri dan jadilah isteri yang taat dan patuh pada suami eh:)
Plan Ke-Dua: JADI.
Tapi…..
Hat ni memang buatkan badan aku sakit-sakit sampai ke pagi. Bukannya apa, penat dek duduk dalam kereta dan penat kaki tekan clutch. Hahahaha. Gerak dari Seremban dah kol 3 gitu. Lepas rehat-rehat jap. Patutnya perjalanan tak lama mana pun, tapi sebab asyik salah ambik simpang je, perjalanan yang pendek jadi panjaaanngg. Ponek den te kaw! Sudahnya kol 5 baru jejak kaki dalam IKEA tu. Sabar je la dennnn.
Punya la ramai orang. Berduyun-duyun. Sampaikan food court tu pun penuh dek orang. Dan FYI, first time nak makan meatball tu. Hikhikhik. Sebelum ni pergi, food court dia tutup. Now tak lepas peluang la. Tapi kan you alls, aku jadi canggung nak mengorder. Lagi pulak bila nampak orang dok tolak troli tray tu. ERk?? Perlukah troli iteew? Hahaha, serious aku pelik giler. Orang yang beratur tu pun dok tengok aku lain macam je. Haiyak! Puas la dok perati orang buat macam mana kan. Sudahnya aku lenggang je la. Lagipun aku bukan nak order banyak mana. Tray only would do (cover line kot. Heheheh). And end up aku order 15pcs meatball (sebab tak nak order sorang 10pcs, kang tak muat tray. ngeee), 2 bottles mineral water and one juice. Ok jeee.. Hehehe. Almaklumlah, first timer katanya. Hahahahahaha. (Tanam azam next time pegi nak order lebih sikit..)
And lepas meronda satu IKEA, sudahnya kol 8 baru keluar. And nak balik pulak dah tak sesat la macam datang. Dah tau kan. Lagipun banyak signboard arah ke Seremban. Ngeeee.
Plan Ke-Tiga: JADI.
Hoho. Plan ke-tiga ni jadi jugak. Tapi yang tak jadinya ialah mengupi samo Mak Lagenda & Cik Ieyla. Ahad eh pepagi buto dah bangun. Nak pergi pasar minggu. Beli breakfast untuk family and then terus ke lokasi hal sesuatu. And then seharian tu buat lah kerja-kerja yang perlu.
So pendek katanya, plan minggu ni jadi seperti yang dirancang. Alhamdulillah.
PS: Maaf, entry tak bergambar. Mood nak bergambar tengah yillek.. Hehehehe











next time kite mengopi same la ek… :p
tu la..
kena setting lain timing utk mengopi.
okeh..
PS: minggu ni sabtu sy duty ler..hohoh.. Ahad macam ok lagi la so far
wahhh..skaan berjaln ke ikea yerrr…
hehehe..sakann…cik, ape cer skang?