Geng Bisik2 Mak Lagenda: Majlis Berbuka Puasa di Seremban

Salam.

 

Selamat berpuasa. Hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Amacam puasa? Entry ni kira kesinambungan entry #WW pagi tadi la eh.

 

Tak payah banyak cerita pun korang dah tau la kan berkenaan apa banner tersebut. But still aku nak cerita la serba sedikit plan itu. Hehehehe

Alkisahnya, setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama Geng Bisik2 (Mak Lagenda, Cik Panadol, Bro Karim dll), maka terhasil lah program ini yang akan diadakan di Seremban pada:

Konsep majlis adalah POTLUCK. So, masing-masing kena la bawak juadah berbuka masing-masing dan kelengkapan yang perlu. Andai kata tak sempat nak masak sendiri ke, boleh je menerjah ke Bazaar Ramadhan berdekatan. Takda masalah. Dan takda bayaran yang perlu korang bayar untuk join aktiviti ni (melainkan bayaran dan kos untuk ke sini, kos makan dan minum masing-masing la)

 

Objektif mejelis? Nak mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama bloggers di Seremban khasnya dan dimana-mana sahaja amnya. Dan berbuka puasa bersama – sama sambil merehatkan diri la. Kami saja pilih tempat di Lake Garden tu supaya dapat rehat dan lepak-lepak chill je tanpa ada tekanan apa-apa. Asalnya nak pergi group buffet kat mana-mana restaurant or hotel kat Seremban ni. But again bila difikirkan, tak berapa sesuai (dari segi kos) bagi bloggers yang berahli keluarga ramai. Kita bersederhana la.

 

Panjang pulak celoteh ni. Ok la. Kalau ada yang berminat nak join Majlis ni sila roger aku atau Mak Lagenda dengan emailkan NAMA, BLOG LINK dan NO. TELEFON ke:

 

reramer.ungu@gmail.com (RerameUngu)  ataupun ke

bealagend@yahoo.com (Mak Lagenda)

 

Sekiranya terdapat sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian yer. Ape lagi, meh le join ramai-ramai. Lagi ramai lagi meriah. Bawak la kaum keluarga kalau nak. Momantai punyeee.

 

Apa-apa pun selamat berpuasa:). Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan komen di bawah ok. Dan kalau rajin sila la war-war kan mengenai majlis ni kepada rakan rakan yang lain.

 

 

PS: Tengah plan menu apa yang nak di ‘potluck’ kan. Hehehe

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 thoughts on “Geng Bisik2 Mak Lagenda: Majlis Berbuka Puasa di Seremban”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>